gerbang taman

Taman Kekanda

Khamis, 10 November 2011

Pengalaman pertamaku ber_____







Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...
apa khabar adik2 kanda? moga kalian sihat hendaknya...
sebenarnya, tiada apa yang menarik yang ingin kanda share kat sini...
cuma tadi... masa ngah kemaskini dokumen kanda, kanda jumpa gambar kenangan ini... terus kanda ambil masa, edit sikit sebanyak spy org tgok pun dapat sesuatu... jom doa sama2! 
Ya ALLAH, izinkan  aku meraih CINTAMU, kurniakan aku rasa KEHAMBAAN!
Haa... ni pengalaman pertama kanda pakai niqab or purdah. kanda berpeluang merasai pengalaman manis ini tatkala mengikuti sebuah program agama selama 2 minggu... ya, dua minggu yang hebat! pada awalnya kanda tak jangka yang kami diwajibkan memakai niqab... namun..... tapi kanda sgt bahagia, rasa lebih selamat! sangat indah!


 


bergambar kenangan tatkala suasana baru itu...

kenangan yang hebat ini tidak akan ku lupakan~ moga sentiasa subur mewangi ditaman keimanan! 
doakan kanda berkelapangan untuk berkongsi pengalaman ^_~

Rabu, 9 November 2011

...Andai lemah, lesu dan longlai sebagai hamba... KUATKAN kembali!!! Ayuh temanku!

Assalamualaikum wbt...  
keifa haluk ya akh? ukh?
apa khabar saudara dan saudariku? 
moga sihat IMAN dan jasadmu~ dan kanda juga... Ameen...

Kanda nak share sikit... ni pengalaman kanda... ada ketika kanda rasa amat lemah, malas, letih, penat, lesu dll... lemah sebagai Hamba ALLAH! lemah dalam menjadi HAMBA! cam x sedar diri yang kanda ni hamba. bukan TUAN! 

kebetulan time tu, ade seorang sahabiah kanda share lagu ni pd kanda... kanda dengar dan hayati bait2 lagu ni... Alhamdulillah, tangga motivasi sebagai Hamba berjaya kanda naiki kembali! so, jom kawan2! kita daki tangga tersebut bersama2 ^_^

Moga beroleh manfaat! syukran ala ziarah... Doakan kita bertemu di SYURGA DIA!


Kisah Keluarga Yogi belum selesai...

              Terasa berat jemari ini nak taip diari... 
diari hidup Keluarga Yogi...
 Keluarga Yogi terdiri drpd Papa, Mama, Abang, Kak Long, Kak Ngah, Kak Chik, Kak Lang, Kak Su, Adik dan Aunty Yogi... 
Dan, Kanda adalah Kak Long Yogi! 
              Keluarga yang dibina untuk menyelesaikan satu misi! misi menjayakan sebuah tugasan kursus Pengurusan Dan Konsultasi Kaunseling Sekolah. Program motivasi 3 hari 2 malam di SMK Raja Chulan ini diberi nama Program Merealisasikan Generasi Cemerlang ^_^
              Untuk itu, beberapa perkara perlu dirancang dengan teliti sebelum melaksanakan program demi memaksimumkan kejayaan. untuk itu, tiga tempoh pelaksanaan dijalankan iaitu sebelum, semasa dan selepas program. Untuk lebih seronok, apa kata kita lihat koleksi album kanda... yeah!

mesyuarat kali pertama : pembentukan Jawatankuasa Program

Mesyuarat kali kedua : Perbincangan aktiviti dan menyiapkan kertas kerja
... Seterusnya, beberapa mesyuarat susulan lain dijalankan sehingga selesai persiapan sebelum program. 
haa, kat sini banyak pengalaman yang kanda timba. Sampai tak tidur malam siapkan buku program. bila nak print esoknya, buku tersebut 'hilang'. Siap bawa lappy masuk klinik pun x jumpa juga. x de rezeki. lastly, sambil print tag nama, pamplet, dan beberapa dokumen lain, kanda siapkan buku program dikedai fotostat tersebut.

           selepas itu, kanda dan Kak Ngah Yogi bantu Kakak kedai fotostat tu siapkan tape buku program kami berjumlah 100 unit. macam kerja dikedai fotostat pula kami petang tersebut! apa2 pun, kami enjoy ^_~

bergambar sebelum bertolak. Lokasi : Taman Bahtera
           Hari yang dinanti-nantikan pun tiba... hari keberangkatan kami menuju Ipoh... 
berkonvoi kesana menaiki Produa Viva Mama Yogi dan Proton Wira Papa Yogi. Alhamdulillah, kami tiba disana lebih kurang pukul 11 pagi. sesi pendaftaran peserta dirancang akan diadakan pada pukul 5 petang. justeru, kami jumpa Puan Pengetua dan Guru Kaunseling serta Warden Asrama SMK Raja Chulan dahulu...
Taklimat ringkas dari Puan Pengetua

Seterusnya kami dihidangkan makan tegahari yang lazat. Gambarnye mane kanda? haa... lupa kat mane... da x larat nak edit...  
Sesi pendaftaran pelajar bermula jam 5 petang. pada awalnya, kami mendapat senarai nama pelajar asrama seramai 87 orang yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga. Namun, yang mendaftar hanyalah 85 orang sahaja... apa2 pun TAHNIAH adik-adik Yogi! tahniah kerana telah menjadi sebahagian daripada kami...

ok, cerita pasal aktiviti program InsyaALLAH kanda akan sambung nanti ye... tu pun jika berkesempatan. apa2 pun, banyak pengalaman baru telah kanda timba!


Jom tengok~


Allah Rabbi ^_^
Ya Allah, kurniakan kami rasa cinta padamu~
Nombor 1 Allah. 
Nombor 2 Rasulullah.
 Nombor 3, suami).

 Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri, (jika  pada lelaki, nombor 3 itu ibu, no 4 itu apa, no 5 baru isteri). Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan. 

Jangan disusun cinta itu begini… 
Nombor 1 suami. 
Nombor 2 suami. 
Nombor 3 pun suami. 

Ini tindakan yang bakal mengundang kecewa.

Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta. Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta. 

Ingat pesan Rasulullah melalui sabda Baginda dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: 
“Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”
“Jika” hanya “jika”. “Jika” akan kekal sebagai “jika”. Ia tidak pernah berlaku. Seorang wanita tidak boleh menyembah manusia lain sekalipun suaminya sendiri. 
Sebaiknya, cintailah suami dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah kerana Allah. Itulah resepi untuk bahagia dalam bercinta!
Betapa ramai isteri yang kecewa akibat ditinggalkan suami yang dicintai. Sama ada dipisahkan oleh mati atau oleh sikap suami yang tidak mencintainya lagi. 
Bayangkan apabila segala-galanya untuk dan kerana suami, apabila suami tidak ada lagi, putus harapan dan berserabutlah fikiran. 
Ramai yang sudah menerima nasib begini… Bayangkan setiap 15 minit, berlaku satu perceraian. 
Siapakah yang menempuh gerbang perkahwinan dengan harapan untuk bercerai? Tidak mungkin ada!

renung-renungkan!

Selasa, 8 November 2011

Kak Long Yogi

siapa kak long yogi? kak long yogi? ape tu? macam2 kan...
hehe... kak long yogi adalah kanda... Cikgu Iema Hikmah~ lalala~

percaya x ni... haaa... ni buktinya!

sblum cerita bermula, kak long nak cerita ending of the story~ hehe... grup kak long yogi menang keseluruhan krn berjaya menyelesaikan aktiviti jelajah sekolah~ semua check point selesai dilalui... tahniah adik2 yogi kak long!!! 

nanti kak long serita lagi ye... 

Keluarga Yogi


Keluarga Yogi? apa tu? hehe

hurm... itulah kami... barisan pelaksana Program Merealisasikan Generasi Cemerlang yang diadakan di SMK Raja Chulan, Ipoh


Tau x program ape ni? haa... ni program ilmu~ tugasan kursus pengurusan dan konsultasi kaunseling sekolah yang diajar oleh ayahanda En Ab Aziz Bin Mohd Yatim ^_^


keluarga Yogi tu kami cipta sendiri... Ilham dari Kak Ngah Yogi atau Ummul Mukminah...


tujuan ditubuhkan adalah... utk melahirkan sebuah keluarga ~ keluarga besar antara barisan fasilitator dan peserta...








Salam Aidiladha

Salam sayang duhai kaum muslimin dan muslimat yang ku cintai...

Tahniah! tahniah kerana dengan izin Allah, kali ini kita masih berkesempatan menyambut sebuah lagi kejayaan~ Eid Adha ^_^

Dikesempatan ini, ayuh temanku, mari kita hayati erti pengorbanan yang sebenar~ apakah itu Hari Raya Korban? apakah hanya pesta atau ibadah?

Isnin, 17 Oktober 2011

Teruja dengan Modul Subconcious

Bismillahirrahmanirrahim....
Salam Faza....
kenangan program dahulu kala




merujuk kpd tajuk diatas, kanda.... (ops, terFORMAL pulak!)... hehe
tadi, buat kedua kalinya En Aziz tunjukkan kami video modul subconcious... kanda amat teruja... walau bukan sbg peserta program, namun terasa spt sbhgian drpd mereka.... teringin melalui pnglmn sbg peserta dlm modul y hebat ini!

moga diberi peluang!

Ahad, 16 Oktober 2011

Titian Kejayaan

Salam Faza, Salam Kejayaan... 
kanda nak share sebuah lagu ini... lagu yang penuh motivasi... kanda suka sgt dengar...

jom hayati bersama....
  • Album : Inspirasi
  • Munsyid : Rast
  • http://liriknasyid.com


Renungi gambar ini seketika....

Mengejar kejayaan


Mengharung rintangan
Dengan iringan doa restu
Ayah serta ibu, ku menjejak ilmu

Sedetik yang berlalu
Impianku satu
Gemilang diri, peribadi
Dengan ikrar janji, kata ditepati

Kejayaan diimpikan
Usaha kita perlukan
Kejayaan hasrat kita

Kecemerlangan satu wawasan
Yakini diri tempuh cabaran
Bersama kita buktikan

Zaman berzaman teguh harapan
Semurni impi kita pastikan
Berjaya hingga akhirnya

Sabtu, 15 Oktober 2011

PROGRAM BIMBINGAN DAN CERAMAH PELAJAR

TARIKH  : 24 SEPTEMBER 2011
HARI       : SABTU
Masa       : 8;00 a.m. – 5.00 p.m.
TEMPAT : SMK SUNGAI BESAR
ANJURAN : EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA UKLK

Hari ni adalah kali pertama kanda berprogram di sekolah bagi semester ini. Program kali ini berbeza kerana biasanya kami pelajar kaunseling akan kendalikan dari A sampai Z. biasanya, kami akan kendalikan LDK dan sebagainya… namun kali ini kami hanya menjadi urusetia.

hal ini kerana program ini bukan program kaunseling. Kanda hadiri kerana kanda ingin timba pengalaman baru. Pihak penganjur menjemput penceramah khusus bagi menyampaikan ceramah kepada para pelajar tingkatan 5 dan 6 serta guru2 Bahasa Melayu sekitar kawasan tersebut.

Penceramah hebat ini adalah professor emeritus datuk nik safiah karim dan dr norliza…. Mereka adalah pakar dalam Bahasa Melayu, warga pendidik di menara gading tempatan…

Sebelum sesi ceramah bermula, kanda diajak oleh Naim untuk sesi santai bersama peserta… kami buat sedikit refreshment bersama… sekadar menghiburkan mereka sementara menunggu waktu ceramah…

Kalau x silap, kanda dapat gelaran kakak siput kat sana sbb kanda ajar mereka sifir siput… ( 1 x siput = siput, 2 x siput = siput siput… ) macam2 la student ni…

Kat program ni sebenarnya kanda jadi AJK cenderamata… byk pengalaman y kanda dapat… letih jgk klau nk share tu… sbb kanda nk share benda lain. Ssuatu y dalam bidang kanda…

Ceritanya begini, waktu rehat tu, kanda jmpa cikgu kaunseling sekolah tu… mereka pun jemput kanda dan kawan2 singgah bilik kaunseling sbb mrk tau y kanda ambik kos kaunseling dekat UPSI ni…

So, lepas makan tengahari tu, kanda pun pergi la dengan Angah… kanda sgt terpegun tgok bilik kaunseling ni… sgt indah, tenang dan rapi… dalam kata lain, kondusif + teraputik la… ade ruang tamu, kaunter pelanggan, bilik kaunseling individu, kelompok dan ruang pejabat kaunselor… siap air-cond + terapi air lagi… syok giler main air kt situ…

Cikgu cakap, kalau student dtg marah2… cikgu ajak dia masuk dulu, teman dia main2 air… bila da reda, sejuk2 tu… cikgu baru borak2 ngan dia… kalau perlu buat sesi, maka adelah… kalau x, just sharing pun ade…

Berbalik pd crita tadi, kami borak banyak perkara… cikgu tu pun dgn rela hati share pengalaman sbg GBK ni… mmg byk cabaran… namun, kalau minat itu tinggi, kita akan seronok… ramai jgk pelajar n pensyarah kaunseling UPSI yang telah kesini… praktikum dll… mrk pun ajak kami praktikum kt sini…
bergambar kenangan setelah tamat slot ceramah bersama penceramah jemputan

Akhir kalam, cabaran sbg kaunselor mmg besar, namun usaha y gigih bisa mencapai legasi!

Syok dapat taip tulisan cantik ni!

Hari ni syok jgk sbb dpt study benda baru dari ummi… 
refresh motivasi…
 upgrade iman <3

Ummi cakap, buat sesuatu mesti dengan kaseh dan sayang… 
~kaseh sayang tanpa syarat ~
hari ni jugak kanda berkenalan dengan baby damia...

 damia maisara y very cute... x puas dukung dia.... rindu sgt! 


to be continue…

MAJLIS PENGEBUMIAN SIAPA?

Salam SEMANGAT semua! 
kaifa halukum???
arjukum fil khair wal hamdulillah...

Hari ni kanda nak share something dengan adinda2 kanda...
kanda harap semua dapat pengajaran daripada cerita pendek kanda ini...

ceritanya begini.... cuba hayati bersama.... moga beroleh manfaat... 

Apabila anda pulang dari sekolah, ketika tiba dihalaman rumah anda, anda mendapati ramai orang berada dihalaman rumah anda. Mereka kelihatan tidak gembira bahkan masing-masing kelihatan sibuk.
        Setelah meletakkan basikal anda dibawah pokok, anda menuju kedalam rumah anda. Dipintu masuk rumah anda, anda berselisih dengan pak su anda.anda bertanya kepadany apa yang sedang berlaku, tetapi dia tidak menghiraukan anda. Bukan pak su anda sahaja tidak menjawab soalan anda, tetapi semua orang yang anda tegur tidak memberikan sebarang respon.
         Setelah masuk kedalam rumah, anda mendapati ibu anda sedang membaca al-Quran ditepi sekujur tubuh yang diselimuti kain putih. Perasaan anda pada ketika itu bercampur-gaul antara cemas, keliru, dan lain-lain.
         Tiba-tiba ayah anda datang dan membuka sedikit selimut putih itu dibahagian wajah mayat tersebut. Alangkah terkejutnya anda apabila mendapati mayat itu adalah anda sendiri!
         Setelah jenazah disembahyangkan, roh anda berlegar-legar disekeliling rumah andadan ketika itu anda mampu mendengar semua percakapan orang ramai mengenai anda ketika masih hidup. Jika diberi pilihan, apakah yang anda mahu mereka perkatakan?

KISAH SI KATAK KECIL

Pada suatu hari, ada segerombolan katak-katak kecil yang berlumba lari. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta. Perlumbaan pun bermula….

Secara jujur, tiada satupun penonton percaya yang katak kecil akan berjaya sampai ke puncak menara. Terdengar suara:
“oh, jalannya terlalu sukar!!! Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak, menara ini terlalu tinggi…!!!!
Katak-katak kecil mulai berjatuhan satu persatu…. Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan-lahan. Semakin tinggi …dan semakin tinggi… Penonton terus bersorak . “terlalu sukar!!!!  Tak seorang pun akan Berjaya!!” lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah… tapi ada SATU yang meneruskan pendakian  hingga semakin tinggi dan tinggi… dia tidak akan menyerah. Akhirnya yang lain telah menyerah untuk  mendaki  menara. Kecuali SATU katak yang telah berusaha keras. Dia telah menjadi satu-satunya katak yang  berjaya sampai ke puncak!!! Semua katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak yang kecil ini berhasil untuk menemukan kekuatan untuk mencapai  puncak menara itu??
RUPA-RUPANYA….katak itu PEKAK!!!!

Apa kesimpulan yang dapt dibuat berdasarkan cerita ini??

Jangan dengar  kata-kata orang yang mempunyai pemikiran yang negatif

Sebuah KEJAYAAN yang Tertangguh!





Ingin kanda mulakan sedikit bicara…
Berkenaan sebuah kejayaan yang tertangguh!
Terasa kecewa seketika… mengharapkan sebuah kejayaan itu…
namun, perancangan yang tidak rapi itu merapuhkan kehendak hati…
lalu, perancangan Maha Perancang itu menyapa…
terasa gagal seketika… namun, itu bukan kegagalan!

Tapi sebuah kejayaan yang tertangguh!

Cerita ini telah berlalu beberapa hari… namun, dek kekangan masa, tidak sempat untuk kanda tulis dan kongsi disini….

12 Oktober 2011, 2 petang…

Tak sangka kanda akan berceramah hari ini, menyelesaikan sebuah tugasan sbg pelajar kaunseling… ingatkan tak jadi lagi hari ini kerana dah banyak kali tertunda… tambahan pula skrg adalah sbjek penaksiran, bukan konsultasi…

Pergi ke kelas spt biasa tanpa sbrg preparation… slide ceramah disiapkan minggu lepas lagi… dah x sempat nak sentuh slpas itu sehingga hari present…
Hari ini kelas kanda full. Dari 8 pg hingga 1 tgahari… balik tu makan nasi n solat kejap, terus g kelas… smpai2 je, terus kene ceramah! Berdebar jgk sbb x ready… nasib baik bwk slide tu. Kalau x, x tau la camne…
Kanda berceramah ttg motivasi… menghuraikan apakah itu motivasi?… (penuh semangat ni berceramah). Siap keluarkan analogi lagi… yakni cerita seorang lelaki dgn sebatang joran… (lain kali kanda crita kalau sempat).

Namun, kanda terlupa merancang… berkenaan masa. Terlupa bahawa kanda diberi masa selama 30 minit untuk berceramah! Memang betul2 terlupa! Kanda keluar ke hadapan tanpa membawa jam. X tau start pkul brapa… bila perasan slide kanda da habis, kanda menamatkan ceramah… masa tu pun memang kanda x perasan yang kanda belum sampai 30 minit berceramah. Terasa sudah lama sgt!

Bila siap tu, En Aziz tanya penjaga masa berapa minit kanda ceramah? Dia cakap lupa nak set masa! Aduh!!! Kenapa ni? Pastu En Aziz pun cakap yang ceramah kanda around 20 minit je…
Terdengar kata2 itu, terasa lemah seketika… pastu kanda tanya camne? Kene buat sekali lagi ke? Beliau cakap, x perlu sbb markah da masuk… tapi kurang la berbanding orang lain. Sbb masa kanda kurang! Arghhh…. Terasa down seketika…

Pastu kanda fikir balik… tadi kanda ceramah tentang motivasi… kita selalu dengar ceramah motivasi, tapi apa y kita dapat? Kanda cerita tentang motif dan aksi… cerita tentang 4 kesan pada motivasi bila motif dan aksi tak seimbang iaitu:

¢      Motif Turun Aksi Turun (MeTAT) = Motivasi???
¢      Motif Turun Aksi Naik  (MeTAN) = Motivasi???
¢      Motif Naik Aksi Turun  (MeNAT) = Motivasi???
¢      Motif Naik Aksi Naik   (MeNAN) = Motivasi???


Sekarang, gajala ini berlaku pada kanda… x boleh jadi ni. Kanda mesti bangkit walau terasa lemah! Kanda cari kawan2, cerita rasa hati… Alhamdulillah, mereka byk bagi semangat pd kanda… kanda call mak, cerita benda ni… mak kanda memang tahu yang kanda kene berceramah ni. Kanda dah maklumkan pada mak dan ayah sbelum ni…

Mak kanda pun x tau nk cakap apa… moga kanda kuatlah! Kata beliau!

Pengajaran yang kanda dapat:
·      Persediaan perlu teliti
·      Rancang perjalanan ceramah (budgetkan dgn masa)

Walau terasa down seketika, namun pengalaman pertama berceramah ini amat hebat~ kanda da jadi penceramah~ pakar motivasi ni…. hehe

Khamis, 15 September 2011

Post pertama di taman ini

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, sekalung kesyukuran kepadaNYA…
Blog keduaku siap seadanya bagi menyempurnakan tugasan yang diberikan oleh pensyarahku bagi subjet majorku pada semester lima ini.
Blog pertama sudah lama tidak kujenguk lantaran kesibukan bergelar mahasiswi.
Lagipun, aku semakin kontang idea untuk berkongsi…

Pada asalnya setelah mendapat tugasan blog ini, aku fikir mau edit blog lamaku sahaja, http://fazarafiqa.blogspot.com namun setelah pensyarahku, En Aziz memberitahu yang beliau mempunyai sepuluh blog, aku tercabar untuk membuka akaun baru!  Semangat!!!

Wa akhiran, selamat memulakan cerita duhai bakal kaunselor~