Salam SEMANGAT semua!
kaifa halukum???
arjukum fil khair wal hamdulillah...
Hari ni kanda nak share something dengan adinda2 kanda...
kanda harap semua dapat pengajaran daripada cerita pendek kanda ini...
ceritanya begini.... cuba hayati bersama.... moga beroleh manfaat...
Apabila anda pulang dari sekolah, ketika tiba dihalaman rumah anda, anda mendapati ramai orang berada dihalaman rumah anda. Mereka kelihatan tidak gembira bahkan masing-masing kelihatan sibuk.
Setelah meletakkan basikal anda dibawah pokok, anda menuju kedalam rumah anda. Dipintu masuk rumah anda, anda berselisih dengan pak su anda.anda bertanya kepadany apa yang sedang berlaku, tetapi dia tidak menghiraukan anda. Bukan pak su anda sahaja tidak menjawab soalan anda, tetapi semua orang yang anda tegur tidak memberikan sebarang respon.
Setelah masuk kedalam rumah, anda mendapati ibu anda sedang membaca al-Quran ditepi sekujur tubuh yang diselimuti kain putih. Perasaan anda pada ketika itu bercampur-gaul antara cemas, keliru, dan lain-lain.
Tiba-tiba ayah anda datang dan membuka sedikit selimut putih itu dibahagian wajah mayat tersebut. Alangkah terkejutnya anda apabila mendapati mayat itu adalah anda sendiri!
Setelah jenazah disembahyangkan, roh anda berlegar-legar disekeliling rumah andadan ketika itu anda mampu mendengar semua percakapan orang ramai mengenai anda ketika masih hidup. Jika diberi pilihan, apakah yang anda mahu mereka perkatakan?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan