gerbang taman

Taman Kekanda

Rabu, 9 November 2011

Kisah Keluarga Yogi belum selesai...

              Terasa berat jemari ini nak taip diari... 
diari hidup Keluarga Yogi...
 Keluarga Yogi terdiri drpd Papa, Mama, Abang, Kak Long, Kak Ngah, Kak Chik, Kak Lang, Kak Su, Adik dan Aunty Yogi... 
Dan, Kanda adalah Kak Long Yogi! 
              Keluarga yang dibina untuk menyelesaikan satu misi! misi menjayakan sebuah tugasan kursus Pengurusan Dan Konsultasi Kaunseling Sekolah. Program motivasi 3 hari 2 malam di SMK Raja Chulan ini diberi nama Program Merealisasikan Generasi Cemerlang ^_^
              Untuk itu, beberapa perkara perlu dirancang dengan teliti sebelum melaksanakan program demi memaksimumkan kejayaan. untuk itu, tiga tempoh pelaksanaan dijalankan iaitu sebelum, semasa dan selepas program. Untuk lebih seronok, apa kata kita lihat koleksi album kanda... yeah!

mesyuarat kali pertama : pembentukan Jawatankuasa Program

Mesyuarat kali kedua : Perbincangan aktiviti dan menyiapkan kertas kerja
... Seterusnya, beberapa mesyuarat susulan lain dijalankan sehingga selesai persiapan sebelum program. 
haa, kat sini banyak pengalaman yang kanda timba. Sampai tak tidur malam siapkan buku program. bila nak print esoknya, buku tersebut 'hilang'. Siap bawa lappy masuk klinik pun x jumpa juga. x de rezeki. lastly, sambil print tag nama, pamplet, dan beberapa dokumen lain, kanda siapkan buku program dikedai fotostat tersebut.

           selepas itu, kanda dan Kak Ngah Yogi bantu Kakak kedai fotostat tu siapkan tape buku program kami berjumlah 100 unit. macam kerja dikedai fotostat pula kami petang tersebut! apa2 pun, kami enjoy ^_~

bergambar sebelum bertolak. Lokasi : Taman Bahtera
           Hari yang dinanti-nantikan pun tiba... hari keberangkatan kami menuju Ipoh... 
berkonvoi kesana menaiki Produa Viva Mama Yogi dan Proton Wira Papa Yogi. Alhamdulillah, kami tiba disana lebih kurang pukul 11 pagi. sesi pendaftaran peserta dirancang akan diadakan pada pukul 5 petang. justeru, kami jumpa Puan Pengetua dan Guru Kaunseling serta Warden Asrama SMK Raja Chulan dahulu...
Taklimat ringkas dari Puan Pengetua

Seterusnya kami dihidangkan makan tegahari yang lazat. Gambarnye mane kanda? haa... lupa kat mane... da x larat nak edit...  
Sesi pendaftaran pelajar bermula jam 5 petang. pada awalnya, kami mendapat senarai nama pelajar asrama seramai 87 orang yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga. Namun, yang mendaftar hanyalah 85 orang sahaja... apa2 pun TAHNIAH adik-adik Yogi! tahniah kerana telah menjadi sebahagian daripada kami...

ok, cerita pasal aktiviti program InsyaALLAH kanda akan sambung nanti ye... tu pun jika berkesempatan. apa2 pun, banyak pengalaman baru telah kanda timba!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan