TARIKH : 24 SEPTEMBER 2011
HARI : SABTU
Masa : 8;00 a.m. – 5.00 p.m.
TEMPAT : SMK SUNGAI BESAR
ANJURAN : EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA UKLK
Hari ni adalah kali pertama kanda berprogram di sekolah bagi semester ini. Program kali ini berbeza kerana biasanya kami pelajar kaunseling akan kendalikan dari A sampai Z. biasanya, kami akan kendalikan LDK dan sebagainya… namun kali ini kami hanya menjadi urusetia.
hal ini kerana program ini bukan program kaunseling. Kanda hadiri kerana kanda ingin timba pengalaman baru. Pihak penganjur menjemput penceramah khusus bagi menyampaikan ceramah kepada para pelajar tingkatan 5 dan 6 serta guru2 Bahasa Melayu sekitar kawasan tersebut.
Penceramah hebat ini adalah professor emeritus datuk nik safiah karim dan dr norliza…. Mereka adalah pakar dalam Bahasa Melayu, warga pendidik di menara gading tempatan…
Sebelum sesi ceramah bermula, kanda diajak oleh Naim untuk sesi santai bersama peserta… kami buat sedikit refreshment bersama… sekadar menghiburkan mereka sementara menunggu waktu ceramah…
Kalau x silap, kanda dapat gelaran kakak siput kat sana sbb kanda ajar mereka sifir siput… ( 1 x siput = siput, 2 x siput = siput siput… ) macam2 la student ni…
Kat program ni sebenarnya kanda jadi AJK cenderamata… byk pengalaman y kanda dapat… letih jgk klau nk share tu… sbb kanda nk share benda lain. Ssuatu y dalam bidang kanda…
Ceritanya begini, waktu rehat tu, kanda jmpa cikgu kaunseling sekolah tu… mereka pun jemput kanda dan kawan2 singgah bilik kaunseling sbb mrk tau y kanda ambik kos kaunseling dekat UPSI ni…
So, lepas makan tengahari tu, kanda pun pergi la dengan Angah… kanda sgt terpegun tgok bilik kaunseling ni… sgt indah, tenang dan rapi… dalam kata lain, kondusif + teraputik la… ade ruang tamu, kaunter pelanggan, bilik kaunseling individu, kelompok dan ruang pejabat kaunselor… siap air-cond + terapi air lagi… syok giler main air kt situ…
Cikgu cakap, kalau student dtg marah2… cikgu ajak dia masuk dulu, teman dia main2 air… bila da reda, sejuk2 tu… cikgu baru borak2 ngan dia… kalau perlu buat sesi, maka adelah… kalau x, just sharing pun ade…
Berbalik pd crita tadi, kami borak banyak perkara… cikgu tu pun dgn rela hati share pengalaman sbg GBK ni… mmg byk cabaran… namun, kalau minat itu tinggi, kita akan seronok… ramai jgk pelajar n pensyarah kaunseling UPSI yang telah kesini… praktikum dll… mrk pun ajak kami praktikum kt sini…
Akhir kalam, cabaran sbg kaunselor mmg besar, namun usaha y gigih bisa mencapai legasi!


Tiada ulasan:
Catat Ulasan