Ingin kanda mulakan sedikit bicara…
Berkenaan sebuah kejayaan yang tertangguh!
Terasa kecewa seketika… mengharapkan sebuah kejayaan itu…
namun, perancangan yang tidak rapi itu merapuhkan kehendak hati…
lalu, perancangan Maha Perancang itu menyapa…
terasa gagal seketika… namun, itu bukan kegagalan!
Tapi sebuah kejayaan yang tertangguh!
Cerita ini telah berlalu beberapa hari… namun, dek kekangan masa, tidak sempat untuk kanda tulis dan kongsi disini….
12 Oktober 2011, 2 petang…
Tak sangka kanda akan berceramah hari ini, menyelesaikan sebuah tugasan sbg pelajar kaunseling… ingatkan tak jadi lagi hari ini kerana dah banyak kali tertunda… tambahan pula skrg adalah sbjek penaksiran, bukan konsultasi…
Pergi ke kelas spt biasa tanpa sbrg preparation… slide ceramah disiapkan minggu lepas lagi… dah x sempat nak sentuh slpas itu sehingga hari present…
Hari ini kelas kanda full. Dari 8 pg hingga 1 tgahari… balik tu makan nasi n solat kejap, terus g kelas… smpai2 je, terus kene ceramah! Berdebar jgk sbb x ready… nasib baik bwk slide tu. Kalau x, x tau la camne…
Kanda berceramah ttg motivasi… menghuraikan apakah itu motivasi?… (penuh semangat ni berceramah). Siap keluarkan analogi lagi… yakni cerita seorang lelaki dgn sebatang joran… (lain kali kanda crita kalau sempat).
Namun, kanda terlupa merancang… berkenaan masa. Terlupa bahawa kanda diberi masa selama 30 minit untuk berceramah! Memang betul2 terlupa! Kanda keluar ke hadapan tanpa membawa jam. X tau start pkul brapa… bila perasan slide kanda da habis, kanda menamatkan ceramah… masa tu pun memang kanda x perasan yang kanda belum sampai 30 minit berceramah. Terasa sudah lama sgt!
Bila siap tu, En Aziz tanya penjaga masa berapa minit kanda ceramah? Dia cakap lupa nak set masa! Aduh!!! Kenapa ni? Pastu En Aziz pun cakap yang ceramah kanda around 20 minit je…
Terdengar kata2 itu, terasa lemah seketika… pastu kanda tanya camne? Kene buat sekali lagi ke? Beliau cakap, x perlu sbb markah da masuk… tapi kurang la berbanding orang lain. Sbb masa kanda kurang! Arghhh…. Terasa down seketika…
Pastu kanda fikir balik… tadi kanda ceramah tentang motivasi… kita selalu dengar ceramah motivasi, tapi apa y kita dapat? Kanda cerita tentang motif dan aksi… cerita tentang 4 kesan pada motivasi bila motif dan aksi tak seimbang iaitu:
¢ Motif Turun Aksi Turun (MeTAT) = Motivasi???
¢ Motif Turun Aksi Naik (MeTAN) = Motivasi???
¢ Motif Naik Aksi Turun (MeNAT) = Motivasi???
¢ Motif Naik Aksi Naik (MeNAN) = Motivasi???
Sekarang, gajala ini berlaku pada kanda… x boleh jadi ni. Kanda mesti bangkit walau terasa lemah! Kanda cari kawan2, cerita rasa hati… Alhamdulillah, mereka byk bagi semangat pd kanda… kanda call mak, cerita benda ni… mak kanda memang tahu yang kanda kene berceramah ni. Kanda dah maklumkan pada mak dan ayah sbelum ni…
Mak kanda pun x tau nk cakap apa… moga kanda kuatlah! Kata beliau!
Pengajaran yang kanda dapat:
· Persediaan perlu teliti
· Rancang perjalanan ceramah (budgetkan dgn masa)
Walau terasa down seketika, namun pengalaman pertama berceramah ini amat hebat~ kanda da jadi penceramah~ pakar motivasi ni…. hehe


pengalaman pertama....
BalasPadam