4 flat... sememangnya itulah impian bergelar mahasiswa/i...
teringat perjalanan hidupku...
tatkala UPSR aku gigih belajar... homework byk... mlm2 lau x siap adakalanya ayah teman.. mak pun sama... masuk form 1, aku dapat masuk Maahad Muhammadi Perempuan. bermula tingkatan peralihan sehingga tingkatan 6 bawah... byk pengalaman ditimba...
exam hampir tiap tahun bermula UKSA, PMRU, PMR, SMU, SPM dan STAM...
aku ambil STAM atas dorongan ayah... target ayah, dlm SPM aku dapat paling kurang 7A, namun kerana malas, aku dapat 7B... sedih sgt. menyesal tiada guna. aku meneruskan prsekolahan dengan biasa2 sahaja. untuk makluman, jika satu mata pelajaran gagal dalam STAM, maka kita akan mendapat pangkat gagal... seingatku masa percubaan STAM aku mendapat pangkat rasib atau makbul... kurang pasti...
kerana kegagalan itu, aku bangkit dan akhirnya aku mendapat mumtaz... dapat masuk universiti... lau dahulu, masa ambil STAM, cita2ku ingin melanjutkan pelajaran ke Mesir atau Jordan untuk mengambil bidang Syariah. namun, ayah tidak izin... katanya dekat Malaysia pun byk peluang menyambung pengajian... Allah takdirkan aku di UPSI. aku lihat hikmah semua ini tatkala semester 7 pengajianku... iaitu ayahku dijemput Allah tatkala itu... baru aku terfikir, jika waktu itu, aku langgar pesan ayah, aku pergi Mesir atau Jordan, masakan sempat aku bersamanya tatkala detik akhir beliau...
tatkala di UPSI pula, ayah memahami dan menginginkan keputusan y terbaik dlm final examku... teringt semester pertama pengajian, aku hanya dapat 3.7... ayah cuba untuk faham bagaimana pengiraan keputusan itu... lantas kuceritakan the best result adalah 4.0. dia mencabarku untuk mndapat 4.0... katanya jika aku dapat, akan dia hadiahkan aku kereta... aku tahu, jika aku dapat pun manala beliau mampu hadiahkn aku kereta itu... namun, aku tahu, itulah bentuk motivasi darinya... aku cuba tawar menawar dengannya, akhirnya bersetuju jika dapat 3.8/9.... namun sepanjang 6 semester bersama ayah, aku gagal mendapat keputusan itu...
tatkala beliau sudah pergi, aku sgt terkejut bila melihat keputusan semester 7 adalah 4.0... ya Allah, keputusan ini membuatkan aku dilambung ombak rindu pada beliau... subhanallah... begitu hebat aturan Allah, mungkin krn beliau tidak mampu menunaikan janji tersebut, maka Allah izin aku dapat keputusan itu bila beliau sudah tiada...
cita2 beliau y lain, adalah aku menyambung peringkat sarjana... sekarang, aku sedang mengumpul kekuatan untuk itu... namun, disaat akhir hidupnya, beliau sempat bertanyakan aku sekali lagi... mahu terus kerja atau sambung belajar? aku jawab bergantung pada keadaan.. beliau tersenyum dan memberitahu, kerja dahulu pun okey....
salam rindu...
ayahanda Abd Rahman Hassan.

Tahniah atas usaha internship kaunseling selama 16 minggu di setting sekolah...
BalasPadamsyukran EH
Padam:)
BalasPadamwow..4 flat!
Alhamdulillah...
alhamdulillah... syukur...
PadamTAHNIAH AKAK!!!
BalasPadamhuhu....
semoga akak jadi KAUNSELOR terbaik untuk ummah ^_^