gerbang taman

Taman Kekanda

Rabu, 19 September 2012

Sanah Helwah Abi


Kehadapan ayahandaku yang senantiasa dirindui...

moga bahagia di sana...

 ***
Ayah, hari ini Khamis, 20 September 2012... merupakan ulangtahun kelahiranmu yang ke 57. Namun, hari ini juga merupakan ulangtahun kelahiranmu yang pertama kau bukan didunia ini...
 
Dua minggu lepas, Hari Khamis juga, 6 September 2012, kau dijemput Ilahi kenegeri abadi...
maka berpisahlah kita walau kenyataan tersebut amat pahit untuk ditelan.
 
Hanya Yaasiin dan bacaaan2 suci lain merupakan hadiah yang mampu kuberikan buatmu...
 
teringat kenangan lalu... sekitar seminggu sebelum Ramadhan, apabila kumaklumkan bahawa diri ini mahu pulang ke kampung, kau dengan senang hati menempah durian untukku kerana tahu aku amat gemar raja buah itu...
 
tanpa disedari juga, itu merupakan hadiah terakhirmu buat kami...
 
syukran abi


hadiah dari ayah yang pemurah "Rahman"~ sebonet Raja Buah
 
*** 
kenangan menjaga ayah dihospital,
hari kedua masuk wad iaitu 3 Syawal...
Dortor cucuk perut ayah sebelah kiri untuk membuang air ( mereka panggil Taping ) kerana keputusan X-Ray menunjukkan air sangat banyak dalam perutnya. perut ayah waktu itu keras. hasilnya, keluar lah air sekitar 400 ml.
 
esoknya, Dr. minta lagi dekat ayah... nak buat sblah kiri pula. ayah kata sakit, x payah la... x keluar pun. Dr.  kata kita cuba. mana tau keluar. kemudian ayah izin. tak pe la, buat la... kan nak berubat, kata ayah...
 
ayah cerita byk tempat Dr cucuk. tapi satu tempat pun x keluar air. aku tengok juga kesan cucuk kat perut ayah. ada satu tempat yang banyak kesan cucuk, Dr tampal plaster. selang beberapa hari Dr buka. ni la gambar dia...

 


ni gambar hasil "taping" kat perut ayah...

 
kami terkejut tengok hasilnya. kami berbaik sangka, moga ayah ada rezeki nak sembuh. tapi rupanya, mgkin Allah nak kami faham yang dia dah nak ambil ayah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan