gerbang taman

Taman Kekanda

Selasa, 23 Oktober 2012

Perjalanan itu tamat...

Perjalanan selama 16 minggu itu...
25 Jun 2012 ~ 19 Oktober 2012~

TELAH PUN TAMAT!

sepanjang tempoh itu... 
aku belajar banyak perkara...

merantau di tempat baharu...
bersama teman baharu...
mencipta pengalaman baharu...
memegang jawatan baru...

"CIKGU"

di sebalik pengalaman itu,
kugenggam harapan ibu...
kubawa cita2 ayah...
demi kebahagiaan bersama...

namun, 
Allah takdirkan ayah tidak lama...
malah tidak sempat menunggu...
aku menamatkan praktikum...

namun ayah,
berbekalkan semangat dan cita2mu untukku...
akanku cuba sebaik mungkin...
menjadi manusia berguna...
belajar setinggi mungkin...
ilmu duniawi dan ukhrawi...


Selasa, 2 Oktober 2012

AKU PELAJAR HEBAT


Assalamualaikum, salam sejahtera...

terima kasih kepada semua pelajar tingkatan 4 SMK Seri Teja Gopeng yang terpilih kerana telah menjayakan program ini pada hari ini.

TAHNIAH!
selamat maju jaya...

nanti sempat cikgu share pengalaman dan cerita serta gambar2 tadi ya!
jangan lupa kita dah tengok tadi gambar orang yang hebat!
buktikan pada semua ya adik2ku...

cikgu sayang korang.

CIKGU IEMA, CIKGU JO,
kami x lama lagi dah kat sini... 
CIKGU YANIE, CIKGU CHANG
kami still ada untuk kalian...

PROGRAM KEMBARA HIDUP TAHUN 2012


SMK SERI TEJA, GOPENG : 29 SEPTEMBER 2012. Satu program kembara hidup telah dijalankan bertujuan memberi latihan kepada peserta dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar yang berkesan. Fokus utama adalah ahli PRS dan peserta sukarela berjumlah empat puluh orang. Modul-modul yang dijalankan adalah berkaitan perkembangan sahsiah diri pelajar.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk menarik minat pelajar untuk belajar serta saling membantu antara satu sama lain, membantu pelajar belajar dalam suasana persekitaran yang mengganggu seperti bising dan seumpamanya serta mewujudkan suasana belajar berkesan di SMK Seri Teja
Peserta program ini terdiri daripasa Ahli PRS dan pelajar sukarela berjumlah 34 orang. Perjalanan program adalah seperti berikut:
·         Pendaftaran pelajar
·         LDK 1: Ice Breaking
·         Persembahan sorakan kumpulan
·         Nyanyian lagu tema dan energizer
·         Si Butaku Sayang
·         Refleksi slot dan keseluruhan dan bergambar
Program ini bermula sekitar pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari. Diharap para pelajar yang terlibat berjaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan baik dan berkesan.
 Disediakan oleh,
..................................
Cikgu Iema
Setiausaha Program Kembara Hidup Tahun 2012 


poster program...